Friday, July 24, 2015

PULAU MANGKA PITAS SABAH.

Kamu pernah pigi Pulau2 di Sabah?..mesti pernah bah kan...tapi ada satu pulau ni yang mungkin kamu belum pernah pigi dan rasa mau pigi.Pulau ini nama dia "Pulau Mangka" saaaaaaaaana Kg.Mapan-mapan,Pitas.(selepas kampung Bongkol).Pulau ni kicil saja..tapi sangat cantik..kalau kamu jenis yang kaki joran memang sangat sesuai la.Saya ada pigi sana 1 kali..tpi masa tu laut bergelora jadi tidak berapa siok sebab saya mabuk.(mabuk laut bah)...sini saya sertakan video pindik.Kamu tingu2 la dulu arr...mana tau kamu pun berminat.Yang pasti..saya ,au pigi sana lagi lain kali.Ok...saya masak maggie dulu!!


Selamat tingu-tingu Pulau 




Sunday, April 26, 2015

Gelaran-gelaran bagi orang yang tidak/kurang siuman.

Saya percaya kamu pun tau ni...tpi nda apa la..sya tulis juga sebab lama sudah nda manulis...

Mimang banyak gelaran2 yang saya pernah dengar untuk mereka2   yang tidak atau kurang siuman atau mereka2 yang berperangai(atau buat2 saja) gila2 pun dapat ni gelaran.

Antara yang popular ialah:-

1.sot.. (sot sudah kali tu orang)

2.Inda cukup wayar.. (inda cukup kali wayar kau ni)

3.Ada wayar putus.. (ada kali putus wayar dia tu)

4.Inda cukup zat,protein etc./kurang vitamin... (inda cukup zat/kurang vitamin dia tu)

5.Stangah Tiang.. (jgn layan dia....stangah tiang tu dia)

Paling manang tu stangah tiang....saya pun x tau macam mana tu ayat bermula.

*Hiburan hari ahad yg sakit perut.

Thursday, January 22, 2015

Video Yang Pertama Sekali Dikasi Masuk Dalam YouTube

Semua kita tau apa itu YouTube kan??...Tapi belum tentu semua kita ini tau atau sudah tingu Video yang pertama sekali orang di Bumi ini kasi masuk/upload di YouTube.Menurut wikipedia..YouTube ini lahir pada February 2005 dan dilahirkan oleh 3 orang bekas pekerja PayPal dan YouTube kemudian dibeli oleh Google dengan harga US$1.65 billion pada November 2006.Wikipedia juga cakap video yang pertama sekali orang Bumi kasi masuk di YouTube bertajuk 'Me at The Zoo' yang berdurasi 19 saat saja yang di upload pada 23 april 2005@8.27 PM oleh Jawed Karim.Saya pun inda tau betul atau tidak lah tapi ada videonya di bawah ni...kamu tingu la dan baca2 la komen2 yang ada sambil kamu minum2 kupi ka..susu ka..neskepe ka..milo ka..susu kasang ka..pepsi ka..air bunga ka...atau yang 'cissssss...pakkkkk'...bilang tu..dan selamat bergosip.

Wednesday, December 10, 2014

8 Frasa Terhebat Dan Terkenal Di Sabah

Kalau orang Sabah ,mesti dia tau frasa-frasa yang terhebat/popular.Tapi frasa-frasa ini bergantung kawasan mana juga la...sebab orang bilang lain padang...lain belalang..tapi dua padang itu tanah dan belalang itu haiwan...ehehe...mari kita tingu:-


1).Aramai Ti
  -ini memang sudah terkenal di Sabah dan di Malaya.Tiada peraturan...apa saja situasi yang seronok-seronok mesti frasa ini akan kedengaran.Kalau mengumpat dan bergosip pun mesti keluar ini ayat Aramai Ti. Contohnya:-

  Mika : 'Yahoooo!!..habis sudah SPM...Aramai Tiii'!!!
  Narumi : 'Punya gila tu sumandak...Dia kencing berdiri...hahaha..Aramai Tiii'!!

2).Apa kau rasa...Oren?
  -Saya pun tidak tau kenapa Oren dan bukan Markisa atau Durian.Ini pun popular juga ni.
Contohnya:-
  Sudarmi : 'Nah..kan saya bilang masih panas...apa kau rasa..Oren?'
  Si Suriati nampak kawan dia tergelincir dan jatuh terduduk di lumpur trus dia bilang..'Nah...apa kau rasa..Oren?...hahahahah'..

3).Sandi
    -biasanya digunakan pada situasi yang tidak menyenangkan/keterlaluan dsb.
Contohnya :-
     Orong : 'Sandi juga bau ketiak ko ni'
     Sulimah : 'Punya sandi putungan badan ko ni'

 4).Bikin Panas
 -ini digunakan pada sesuatu yang membuat kita tidak selesa/marah/meluat dsb.
 contohnya:-

       Bernadus : 'bikin panas saja cakap sama kau!!'
       Gondrong : 'Saya tidak mau jumpa Si Sudarti tu...Bikin panas saja gaya-gaya dia'
       Herman : 'bikin panas saja ni movie'

5). Paling Manang(menang)
     -ini biasanya digunakan untuk mengolo/mengejek/pujian yang tidak ikhlas
Contohnya:-

     Andre : 'Betul-betul paling manang ko ni..seluar pertak-petak lagi oh...hahaha'..
     Dono : '..mimang paling manang dia menari...macam Penguin..hahaha..'

6).Bulih bah kalau kau / Ok bah kalau kau
    -ini pun sangat popular ni.Mari kita lihat contohnya:-

    Mislan : 'Korrie..tulung dulu garuk belakang saya..gatal bah'..
    Korrie : 'bulih bah kalau kau....di layan..'.. 

7).Bulih la kampung-kampung.
    -ini biasanya digunakan kalau orang memuji kita akan sesuatu hal.

Contohnya:-

   Ennie : ..' wah..cantiknya baju Krismas ko Liz'..
   Liz : ..'..ya ka..?..bulih lah..kampung-kampung..hehe'..

8).Dari Kau/Kita saja bah tu.
    -kalau ada orang minta kita keputusan/pendapat dan kita pun tidak tau apa mau cakap..naa..ini lah frasa  yang digunakan.
    -'Dari kita saja bah tu' biasanya digunakan apabila kita dalam keadaan yang ramai.

Contohmya :-

     Murni : ..'..Melati..kau rasa betul juga ka cara saya putung sayur ni?..'
     Melati : ..'..Dari kau saja bah tu'..



 *ADA BANYAK LAGI FRASA YANG LAIN TAPI YANG 8 INI LAH YANG TERHEBAT DAN POPULAR DI SABAH*
   

















Tuesday, December 9, 2014

9 Permainan Daun Terup Yang Agak Popular Di Sabah

Setakat yang saya tahu...ada beberapa permainan daun terup yang sering dimainkan oleh kanak2 mahupun orang dewasa di seluruh daerah di Sabah.Antara nama permainan tersebut ialah:-


1).  Lap-Lap / Lap Pia Fu  / 13 daun.
      -macam mana saya mau kasi tau kamu ni arr??....ok permainan ini memerlukan 4 orang pemain.Seorang harus jadi Chung a.k.a Tukang tarik dan bayar duit. Permainan ini ada undang2nya tersendiri...dan kadang2 berbeza dari daerah lain.selalunya begitu lah tapi tidak lari dari asas permainan ini.Dalam permainan ini ada nama2 kad yang harus kita tau nilainya dan kedudukannya.Nama-nama susunan kad ialah LAP,PIA,TU,SUN,FA,FU.Ada lagi yang akan disebut 3 Negara(cntoh: 3 kad spade,5 kad heart,5 kad club),Daun besar(sama ada bermula dari kad no 5-dan keatas termasuk A),Daun Muda(dapat kad yang tiada J,Q dan K),3 kali Sun(susah pula mau kasi terang ni..tpi senang saja ni),Sitiaw(dapat 4 kad dengan nombor yang sama cntohnya dapat 4 kad bernombor 5 dan sebagainya.).(semua ini kalau kamu dapat kamu buka daun saja dan kasi tingu sama Chung..dan kamu sudah menang dan akan dibayar sesuai dengan nilai taruhan kamu.Itupun kalau Chung tidak dapat lawan sudah kad kamu). kalau kamu dapat 5 keping kad yang semuanya lambang 'HEART' atau yang lain tidak kira la apa nombor tu kad, ianya disebut 'FA'.Tapi kalau nombor tersebut mengikut urutan A,2,3,4,5(gambar kad adalah sama) maka ianya disebut TumFaSun.Kalau kamu dapat 22255(apa nombor saja tapi dalam variation macam tu) maka disebut 'FU'.kalau kamu dapat 22445 (apa saja nombor dalam variation begitu) maka disebut 'TU'.kalau kamu dapat Kad yang tersusun contohnya 2 3 4 5 6  10,J,Q,K,A (tidak perlu sama bunga) maka disebut 'SUN'. Kamu faham juga ka??...susah bah mau kasi explain kalau bukan face to face dan ada kad.hahaha...harap-harap kamu dapat bayangan la arr..hahaha
 -kalau daun salah susun dinamakan 'ULUNG' dan dengan senang hati CHUNG tarik taruhan pemain tersebut.

2).Bandak/21
    -permainan ini boleh dimainkan beberapa orang kerana setiap seorang boleh dapat maksima kad sebanyak 5 keping saja.
    -Nilai kesemua kad tidak boleh lebih daripada 21.Contohnya dapat kad 'J'dan '9' maka nilainya ialah 19 sudah cukup cun tu tpi kalau Chung punya daun nilainya 20 atau 21..maka kamu kalah la...kena tarik la duit kamu,hehee...
    -Kalau kamu dapat 2 kad yang pertama dengan nilainya ialah 15..maka game akan dimulakan semula kerana ianya dinamakan 'MATI DUDUK'
    -Nilai bagi kad J,Q,K ialah 10.Nilai bagi kad 'A' ialah boleh dikira sebagai 10 atau 11.Istimewa sikit ini kad.
    -mana-mana kad yang tidak dapat lawan kad Chung atau lebih dari 21..maka pertaruhan akan kena tarik oleh Chung.

3).Main Cangkul
    -Pelik ka ni nama permainan??...haha..saya pun tidak tau kenapa nama dia 'Main Cangkul'
    -Jangan susah hati...kalau kalah pun tidak juga kena cangkul.hahaha
    -Boleh main dalam 5 orang atau lebih.Boleh bermula dengan 2 atau 3 kad dahulu.
    -1 kad akan dibuka di tengah-tengah tidak kira apa nombor/bunganya.(spade,clud,diamond,heart).Kalau itu kad ialah heart..maka semua pemain harus buang kad Heart juga...kalau pemain tiada itu kad heart..naa..perlu cabut kad yang baru sampai la jumpa kad heart.
    -Kad siapa yang tinggi nilainya(nombor) akan buang kad seterusnya di tengah-tengah.Dan pemain lain harus la buang kad mengikut bunga kad tadi.
   -Pemain terakhir yang masih ada kad/daun sementara pemain lain sudah habis daun akan dikira "kena Cangkul"/Kalah dan pusingan kedua boleh dimulakan.
   -senang saja kan permainan ni.Boleh la untuk buang masa boring.hahaha

4).Main Babi
    -Ini pun pelik juga nama game ni.
    -boleh main dalam 5 orang.
    -pemain akan diberi 5 kad/daun.
    -pemain harus kasi kumpul 5 kad yang mempunyai bbunga yang sama tidak kira la spade ka..heart  ka..diamond ka atau club.
    -cara mau kasi kumpul 5 kad itu ialah cabut 1 daun dan buang 1 daun kepada pemain sebelah kita.(biasanya pemain sebelah kanan kita dulu).Kalau kad yang kawan kita buang tu ada pasanganya pada daun kita...maka kita ambil la,,lepas tu kita buang 1 daun kawan sebelah kita pula.Begitula rotationnya sampai ada pemenangnya.
   -Pemain pertama yang dapat kumpul 5 kad dengan bunga yang sama harus letak daun dengan cepat sambil sebut perkataan'Babi'....mana2 pemain yang paling lambat letak daun dikira Kalah atau telah 'TerBabi'.hahaha.

5).Cho Tai Ti.(entah betul atau tidak ejaannya ni)
    -boleh main dalam 5 orang keatas
    -Semua pemain kena cabut daun ikut giliran sampai dapat 5 kad.
    -5 kad tersebut akan dinilai siapa punya kad yang paling kuat mengikut sistem/undang2 game 'LAP-LAP / LAP PIA FU'
    -daun paling kuat adalah pemenang.

6).Main Kaya
    - saya tidak pandai mau kasi terang ini game.hehe

7). Main Monyet.
     -saya tidak pandai mau kasi terang ini game.hehe

8).Main Jumpa
    -boleh main 4 orang.
    -setiap pemain akan dapat 5 kad kecuali Chung yang akan dapat 6 kad terlebih dahulu sebelum buang 1 kad pada pemain lain untuk memulakan permainan.Kad akan menjadi 6 keping kalau dia sudah menang.
    -semua pemain harus jadikan kad berpasangan(apa2 nombor saja) contohnya begini..10,10,5,5,3,3(ini sudah dikira menang.)
    -kalau kita punya kad sudah dapat contohnya begini..4,4,7,7,J  maksudnya tu pemain sedang menunnggu...dia menunggu itu 'J' untuk menang.Semua pemain harus kasi tau kalau dia sudah menunggu.
    -yang menang boleh la ambil pertaruhan.hehee

9).Main Kua Merah
    -Macam main jumpa juga tapi ini tiada pertaruhan...dia akan kira point.Contohnya 50sen 1 point.Kalau dapat 10 point..naa..darab 50sen la.Semua pemain kena bayar pada Si Pemenang.
    -Saya pun tidak tau macam mana mau kira sebab saya tidak pernah main ini game..saya tengok2 saja.hehe.


*INI SAJA YANG SAYA TAU..KALAU ADA LAGI YANG KAMU TAU..KAMU TULIS SANA RUANGAN KOMEN*

*KALAU ADA YANG TIDAK BETUL ITU PENERANGAN SAYA..KAMU TULIS JUGA DI KOMEN*

*HARAP-HARAP KAMU FAHAM ITU PENERANGAN SAYA YANG TUNGGANG-LANGGANG*

*NAMA-NAMA GAME INI MUNGKIN BERBEZA DI SESETENGAH TEMPAT/KAWASAN*


DAUN TERUP....DAUN BERHANTU 




Monday, December 8, 2014

Antara 6 jawapan power seorang yang bergelar"Boyfriend"

Antara jawapan-jawapan power yang sering digunakan oleh si Boyfriend kepada Si Girlfriend terhadap sesuatu soalan semasa bertelefon:-

1). Sayang di mana?
     J: Sini saloon bah ni..cuci rambut.(padahal di rumah urut..LOL)
 
2).  Sayang buat apa?
      J: (bagi isyarat pada kawan2 supaya diam) sini rumah bah ni tengok movie sama kawan..sambil cerita2.
        (padahal sedang aramai ti minum Tiger dan Asahi.hahaha).

3).  Siapa kawan sayang tengok wayang..lelaki ka perempuan ?
      J:  Lelaki bah.. Si Kassim.(padahal sama perempuan.hahaha)

4). Sayang di mana sudah?
     J: On The Way bah ni.. (pada hal baru bangun..hahaha)

5). Sayang sudah mandi ka?(jam 10 malam)
     J: Sudah bah..pakai sabun Detol lagi.(padahal baring2 atas tilam belum mandi pun.hahaha)

6) Sayang minum ka ni?..sayang mabuk ka?..kenapa lain tu suara kau?
    J: Isshhh..mana da..sini kami di karaoke Kbox ba ni sama Si Tungai..sakit tekak menyanyi lagu2 search yg   tinggi2 bah..(padahal sedang minum di karaoke dan 4 kali sudah muntah..timggal mau pengsan lagi.LOL)



*Semuanya hanya hiburan saja..hehehe*

PENGUMUMAN

Dulu saya ada satu blog nama Uncle-Toyong.blogspot.com
Sekarang itu blog masih ada tapi saya tidak dapat control sudah...entah apa masalahnya...jadi kalau ada apa2 UPDATE dari sana...kamu jgn percaya atau baca sebab mau padam itu blog pun saya tidak bisa....jadi setiap post2 terbaru saya akan dipost ke blog ini 'Uncle-Kolos.blogspot.com'

Sekian dan Terima Kasih.

Admin