Setakat yang saya tahu...ada beberapa permainan daun terup yang sering dimainkan oleh kanak2 mahupun orang dewasa di seluruh daerah di Sabah.Antara nama permainan tersebut ialah:-
1). Lap-Lap / Lap Pia Fu / 13 daun.
-macam mana saya mau kasi tau kamu ni arr??....ok permainan ini memerlukan 4 orang pemain.Seorang harus jadi Chung a.k.a Tukang tarik dan bayar duit. Permainan ini ada undang2nya tersendiri...dan kadang2 berbeza dari daerah lain.selalunya begitu lah tapi tidak lari dari asas permainan ini.Dalam permainan ini ada nama2 kad yang harus kita tau nilainya dan kedudukannya.Nama-nama susunan kad ialah LAP,PIA,TU,SUN,FA,FU.Ada lagi yang akan disebut 3 Negara(cntoh: 3 kad spade,5 kad heart,5 kad club),Daun besar(sama ada bermula dari kad no 5-dan keatas termasuk A),Daun Muda(dapat kad yang tiada J,Q dan K),3 kali Sun(susah pula mau kasi terang ni..tpi senang saja ni),Sitiaw(dapat 4 kad dengan nombor yang sama cntohnya dapat 4 kad bernombor 5 dan sebagainya.).(semua ini kalau kamu dapat kamu buka daun saja dan kasi tingu sama Chung..dan kamu sudah menang dan akan dibayar sesuai dengan nilai taruhan kamu.Itupun kalau Chung tidak dapat lawan sudah kad kamu). kalau kamu dapat 5 keping kad yang semuanya lambang 'HEART' atau yang lain tidak kira la apa nombor tu kad, ianya disebut 'FA'.Tapi kalau nombor tersebut mengikut urutan A,2,3,4,5(gambar kad adalah sama) maka ianya disebut TumFaSun.Kalau kamu dapat 22255(apa nombor saja tapi dalam variation macam tu) maka disebut 'FU'.kalau kamu dapat 22445 (apa saja nombor dalam variation begitu) maka disebut 'TU'.kalau kamu dapat Kad yang tersusun contohnya 2 3 4 5 6 10,J,Q,K,A (tidak perlu sama bunga) maka disebut 'SUN'. Kamu faham juga ka??...susah bah mau kasi explain kalau bukan face to face dan ada kad.hahaha...harap-harap kamu dapat bayangan la arr..hahaha
-kalau daun salah susun dinamakan 'ULUNG' dan dengan senang hati CHUNG tarik taruhan pemain tersebut.
2).Bandak/21
-permainan ini boleh dimainkan beberapa orang kerana setiap seorang boleh dapat maksima kad sebanyak 5 keping saja.
-Nilai kesemua kad tidak boleh lebih daripada 21.Contohnya dapat kad 'J'dan '9' maka nilainya ialah 19 sudah cukup cun tu tpi kalau Chung punya daun nilainya 20 atau 21..maka kamu kalah la...kena tarik la duit kamu,hehee...
-Kalau kamu dapat 2 kad yang pertama dengan nilainya ialah 15..maka game akan dimulakan semula kerana ianya dinamakan 'MATI DUDUK'
-Nilai bagi kad J,Q,K ialah 10.Nilai bagi kad 'A' ialah boleh dikira sebagai 10 atau 11.Istimewa sikit ini kad.
-mana-mana kad yang tidak dapat lawan kad Chung atau lebih dari 21..maka pertaruhan akan kena tarik oleh Chung.
3).Main Cangkul
-Pelik ka ni nama permainan??...haha..saya pun tidak tau kenapa nama dia 'Main Cangkul'
-Jangan susah hati...kalau kalah pun tidak juga kena cangkul.hahaha
-Boleh main dalam 5 orang atau lebih.Boleh bermula dengan 2 atau 3 kad dahulu.
-1 kad akan dibuka di tengah-tengah tidak kira apa nombor/bunganya.(spade,clud,diamond,heart).Kalau itu kad ialah heart..maka semua pemain harus buang kad Heart juga...kalau pemain tiada itu kad heart..naa..perlu cabut kad yang baru sampai la jumpa kad heart.
-Kad siapa yang tinggi nilainya(nombor) akan buang kad seterusnya di tengah-tengah.Dan pemain lain harus la buang kad mengikut bunga kad tadi.
-Pemain terakhir yang masih ada kad/daun sementara pemain lain sudah habis daun akan dikira "kena Cangkul"/Kalah dan pusingan kedua boleh dimulakan.
-senang saja kan permainan ni.Boleh la untuk buang masa boring.hahaha
4).Main Babi
-Ini pun pelik juga nama game ni.
-boleh main dalam 5 orang.
-pemain akan diberi 5 kad/daun.
-pemain harus kasi kumpul 5 kad yang mempunyai bbunga yang sama tidak kira la spade ka..heart ka..diamond ka atau club.
-cara mau kasi kumpul 5 kad itu ialah cabut 1 daun dan buang 1 daun kepada pemain sebelah kita.(biasanya pemain sebelah kanan kita dulu).Kalau kad yang kawan kita buang tu ada pasanganya pada daun kita...maka kita ambil la,,lepas tu kita buang 1 daun kawan sebelah kita pula.Begitula rotationnya sampai ada pemenangnya.
-Pemain pertama yang dapat kumpul 5 kad dengan bunga yang sama harus letak daun dengan cepat sambil sebut perkataan'Babi'....mana2 pemain yang paling lambat letak daun dikira Kalah atau telah 'TerBabi'.hahaha.
5).Cho Tai Ti.(entah betul atau tidak ejaannya ni)
-boleh main dalam 5 orang keatas
-Semua pemain kena cabut daun ikut giliran sampai dapat 5 kad.
-5 kad tersebut akan dinilai siapa punya kad yang paling kuat mengikut sistem/undang2 game 'LAP-LAP / LAP PIA FU'
-daun paling kuat adalah pemenang.
6).Main Kaya
- saya tidak pandai mau kasi terang ini game.hehe
7). Main Monyet.
-saya tidak pandai mau kasi terang ini game.hehe
8).Main Jumpa
-boleh main 4 orang.
-setiap pemain akan dapat 5 kad kecuali Chung yang akan dapat 6 kad terlebih dahulu sebelum buang 1 kad pada pemain lain untuk memulakan permainan.Kad akan menjadi 6 keping kalau dia sudah menang.
-semua pemain harus jadikan kad berpasangan(apa2 nombor saja) contohnya begini..10,10,5,5,3,3(ini sudah dikira menang.)
-kalau kita punya kad sudah dapat contohnya begini..4,4,7,7,J maksudnya tu pemain sedang menunnggu...dia menunggu itu 'J' untuk menang.Semua pemain harus kasi tau kalau dia sudah menunggu.
-yang menang boleh la ambil pertaruhan.hehee
9).Main Kua Merah
-Macam main jumpa juga tapi ini tiada pertaruhan...dia akan kira point.Contohnya 50sen 1 point.Kalau dapat 10 point..naa..darab 50sen la.Semua pemain kena bayar pada Si Pemenang.
-Saya pun tidak tau macam mana mau kira sebab saya tidak pernah main ini game..saya tengok2 saja.hehe.
*INI SAJA YANG SAYA TAU..KALAU ADA LAGI YANG KAMU TAU..KAMU TULIS SANA RUANGAN KOMEN*
*KALAU ADA YANG TIDAK BETUL ITU PENERANGAN SAYA..KAMU TULIS JUGA DI KOMEN*
*HARAP-HARAP KAMU FAHAM ITU PENERANGAN SAYA YANG TUNGGANG-LANGGANG*
*NAMA-NAMA GAME INI MUNGKIN BERBEZA DI SESETENGAH TEMPAT/KAWASAN*
DAUN TERUP....DAUN BERHANTU
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteok ba kalau c kolos
ReplyDeletetatap Jeff..hahaha
Deletebila mau kasi keluar album kolos?
ReplyDeleteAlbum gmbr..bila2 bah.haha
Deleteada lgi nma tuitui fah...atau tuitui sun...5 card sma bunga belain nnbor...8 card...setiap card bepasang cth 2/2...5/5..j/j...k/k...diklier..
ReplyDeletewahh..tq boss..hehe
Deletehello uncle kolos..uncle kolos tahu kah maksud itu perkataan lap pia fu..boleh uncle kolos jelaskan kan kepada saya..saya mahu tahu untuk tujuan akademik
ReplyDeleteDi ld Ali main namanya piak piak Fu...Ada susun tiga di atas di sebut Mau...iya ka
ReplyDeleteAdalagi curi ayam blangg😂😂
ReplyDeleteAdalagi curi ayam blangg😂😂
ReplyDeleteKalau orng pangil sam mcmna?
ReplyDelete6. MAIN KAYA
ReplyDelete4 atau 5 pemain pn boleh main. main kaya adalah kumpul daun terbanyak. cara main, semua daun d tengah kemudian setiap pemain cabut 1 1 ikut giliran. kalau pemain A dpt cabut daun Q, dan pemain kedua juga dpt Q, maka pemain kedua berhak mencuri semua daun yg dikumpul pemain A tadi dan begitu juga pemain seterusnya. pemain yang paling banyak kumpul daun di akhir game, dialah pemenang.
7. MAIN MONYET
4 atau 5 pemain. cara main, sembunyi 1 daun, baki daun lain dibagi rata kepada semua pemain. semua pemain kumpul daun berpsangan nombor (pia sahaja) pada daun masing-masing dan boleh simpan. tutup atau buka daun berpsangan xda maasalah. daun tidak berpasangan dipegang dan disembuyikan drpd dilihat pemain lain. pemain lain akan cabut daun pemain lain mengikut urutan dari kanan ke kiri atau kiri ke kanan. contoh, pemain A cabut daun pemain B, jika dicabut ada sama dengan dlm tangan, maksudnya, jika pemain A ada daun no. 2, dia tercabut nombor 2 juga dr pemain B, maka ia jd 1 pasangan (pia) dan boleh diturunkan/simpan. baki daun lagi akan dicabut pemain seterusnya iaitu C dan sehingga kembali pada pemain A.A cabut B, B cabut C, C cabut D dan D cabut A dan bgtulah putaran hingga habis daun d tangan jd berpsangan. cara mulai, pemain sebelah kiri atau kanan, ikut kamu la mau putar kanan atau kiri dulu atau sebaliknya terpulang. tapi mulai dari pemain yang paling banyak daun baki di tangan. contoh, pemain A ada 6 baki, pemain B 5 pemain C 5 danpemain D 4, maka pemain B atau C cabut dahulu kad pemain A. pemain yang dpt daun terakhir dan dipasangkan dengan daun yg disembunyikan di awal permainan, dialah yg jd MONYET.
no. mainannya bukan chi tai ti. itu poker. chi tai ti main tindis. mcm remis. kalau xda silaplah.. kalau silap maafkan saya. hehehe
Bleh kasi tau x god of gambler jenis game ape dia main?
ReplyDeleteBetway Max Bet Limit | CasinoLoland.jp 메리트 카지노 쿠폰 메리트 카지노 쿠폰 happyluke happyluke 57Club Player Casino 200 No Deposit Bonus Codes 2018
ReplyDeleteHi Uncle Kolos, buli sy minta contact kau yg lain mcm email atau nombor telefon ka.. ada sy mau tanya tpi mcm panjang mau taip, pendek lgi klu dpt becakap dlm telefon: Buli kau email sy di sini: iso.30hjk@gmail.com
ReplyDeleteTq..